Skip to main content

Mati

Hidup ni tak lama pun.

Sejak usai degree tahun lepas, sementara tunggu sesi kemasukan untuk ijazah sarjana ini. Banyak masa aku habis dengan uzlah serta khalwah. Tengok balik kehidupan yang lepas.

Masa yang telah aku habiskan,
Kekuatan diri yang telah digunakan,
Serta dosa-dosa yang mencemarkan diri,

Memang tika itu banyak membelek kitab sahih bukhari yang dibeli melalui team Muslim Heroes dulu. Hanya sekadar baca dan cuba hayati kisah-kisah para sahabats dengan Rasulullah saw melalui hadis-hadis itu. Lainnya permikiran dan visi diorang dengan kita ini.

Lepas grad, cari kerja, kumpul duit, kahwin dan tunggu mati sambil melihat anak-anak membesar. Mainstream sangat hidup macam tu.

Bulan 8 nanti genap usia 25 tahun. Allah kata dalam surah alAhqaf ayat 15, turning point hambaNya pada umur 40 tahun. Serta majoriti umur umat akhir zaman sekitar 60-80 tahun. Hal ini buatkan aku termenung berminggu lamanya. Lebih kurang 15 tahun lagi sebelum berumur 40 dan 25-30 tahun lagi sebelum berada pada dalam kelompok warga emas. Ia satu tempoh yang singkat. Itu belum diambil kira soal jodoh kematian yang tiada had waktu itu.

Tiba-tiba waktu itu minda kebejatan. Macam mana sebenarnya nak hidup ini? Jalan mana yang harus diambil? Matlamat serta fokus pula? Soalan-soalan itu kerap bermain difikiran, iya la kita ini muslims seteruk mana pun muslim itu pasti dia impikan syurga bila mati kelak bukan? Risau sangat kalau aku mati tika diri sibuk menyiapkan diri untuk dunia. Lagi risau kalau mati tika bermaksiat. Nauzubillahi min zalik.

Waktu tu abang syarief dengan Madam Fadzlin kerap juga mengajak untuk sambung belajar, kerja pun alhamdulillah sudah dapat waktu itu. Tapi dalam hati macam terimpikan satu peluang untuk mati syahid. Mahu ke gaza atau syria tolong orang di sana. Seronok juga kalau dapat syahid dalam usia muda ni, doakan.

Sejujurnya tak rasa diri ini akan hidup lama, tapi siapkah aku untuk mengadapNya kelak? TT__TT

-Mohon kemaafan jika ada berlaku silap pada sahabats, jika ada hutang tuntut la ya. Maafkan silap orang pada kita moga Allah melembutkan hati mereka yang kita berlaku silap untuk memaafkan kita sama. Amiin.

Harap bila mati kelak post-post di wall ini dapat serba-sedikit menjadi saham buat diri di sana.. moga-moga.

Comments

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)

2.05

Nothing,just sharing a video of me playing rubric cube.2 minute and 5 sec,the fastest time I could. sorry for the blurry image,phone cam lor