Skip to main content

Serenity

Menjaga pandangan mata sendiri dan mata orang lain (dengan bersederhana dalam perkongsian di laman sosial contohnya).

Tak reti sangat hal perkahwinan ni walaupun dalam proses pemilihan calon. Macam-macam teori dan kaedah wujud, tapi yang teragung kita ikut cara Rasulullah saw. Selain agama, biasanya tidak meletakkan apa-apa kriteria selain perasaan Qurratul ain pada bakal pasangan. 

Doa' dari surah alFurqan ayah ke 74.
" وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا "

Lagi risaukan diri sendiri sebenarnya. Aku ini lelaki, Allah kata dalam surah anNisa' lelaki itu Qawwamah buat orang yang dipimpinnya. Konteks alQawwam tu luas. Bagi aku tidak kisah dia tidak pandai masak, bengkeng, tak reti melawak, kalut atau masih banyak kelemahan diri. Aku ini pun sangat banyak kekurangan dan kelemahan. Perkahwinan itu satu perkongsian hidup, bertolak-ansur, boleh dibawa berbincang dan saling menghormati itu antara kunci kebahagian rumah tangga.

Pernah belajar fiqh berkaitan usrah, tarbiatul aulad juga sikit-sikit dulu (1st year-2nd year degree dulu) bukan untuk persediaan perkahwinan tapi atas usaha dakwah dan berberapa kengkangan hidup. Tak pernah tahu keluarga itu macam mana sebenarnya, anjuran Dr.Maza juga waktu minta nasihat akan hal hidup. Belajar benda itu dulu sebelum ada niat nak berkeluarga sangat-sangat menjaga hati dari terjebak dari couple/ bercinta sebelum nikah ni. Rasa berat sangat amanah perkahwinan itu lagi-lagi suami, belajar dari Rasulullah s.a.w (melalui hadis-hadisnya dan tafsir Quran) sangat berbeza dengan apa yang kita ada. Asyik terfikirkan hal-hal seperti;

1. Mampu ke nak bahagiakan anak orang, paling kurang setaraf layanan ayahnya.
2. Mampu ke nak tarik mereka masuk syurga.
3. And the list grow-up..

Tiada istilah queen control mahupun king control, 2 insan yang betul-betul hidup saling menampung kekurangan satu sama lain atas jalan agama. Sinopsis ringkas yang aku boleh berikan.

InsyaAllah ada rezeki aku share apa yang diperlajari dahulu untuk manfaat kita semua.

-----------------------
Saja share. Have taqwa kawans, Moga Allah golongkan kita dikalangan yang bergantung harapan hanya padaNya, dan semoga diizinkan kita rasa perasaan Quratul Ain (penyejuk mata) itu pada diri ahli-ahli kita. Amalkan doa tu deh, terutama buat kawans yang sudah bernikah tu.




Comments

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

Entri pertama tahun ini

Bismillah dan salam, Entri tahun baru ini sepatutnya disiapkan seawal 1 januari lagi.Maaf agak sibuk untuk menulis.Er,apa yang harus aku ceritakan ha?. Oh ya,ku khabarkan mahu berkongsi pendapat tentang isu 2012 dientri yang lalukan.Aku rasa kamu semua sudah dapat gambaran tentang 2012,ya,ada yang mengatakan itu tahun kiamat dan ada yang mengatakan itu permulaan kiamat dan terdapat juga yang percaya tilikan kaum Mayan dan Nostradamus.Wallahualam,tapi bagi kita,Muslim kembali ke telunjuk Islam adalah wajib.Terdapat 3 perkara yang ditentukan oleh Allah,ya betul ajal maut,rezeki dan jodoh.Tarikh kiamat juga dirahsiakan dari umat manusia.Ok rezeki dan jodoh tu tiada kaitan dengan 2012,er,mungkin penulis bertemu jodoh pada tahun itu,haha.Tetapi ajal itu pasti. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ing...

2.05

Nothing,just sharing a video of me playing rubric cube.2 minute and 5 sec,the fastest time I could. sorry for the blurry image,phone cam lor