"Khatib kata umat Islam la ni mundur sebab tiada ilmu, aku kata muslims hari ini mundur bukan sebab tidak berilmu, tapi penghayatan dan pemahaman kita terhadap ilmu. Pemahaman dan penghayatan kita terhadap erti seorang khalifah juga. Ramai yang berjaya, dapat pointer yang tinggi dalam akademik, punyai kerjaya yang mantap dengan income yang tinggi. Tapi setakat itu saja senario hidup mereka..." A non-muslims pun boleh dapat dean list dalam bidang pengajian agama Islam. Kadang-kadang kita berkata-kata tentang agama bagai ia suatu eksperimen sains, setiap hal ada analisisnya secara teori dan praktikal. Tapi kita lupa, keberkatan dan hal ghaib yang Allah sembunyikan. Muslims mundur? Negara-negara Islam miskin dan ketinggalan dalam teknologi? Tengok balik di masjid dan surau pada waktu subuh. Allah suruh kita fokus perkuatkan perkara asas dulu tu..wallahualam.." -Masjid Uia bagai semakin hilang 'aura'nya, khutbah dengan gaya penyampaian yang semakin membosankan d...