Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Syukurlah malaysia masih aman!

Not sure i should share this drawing, It might hurt some and it might ease some who knows bukan semua orang berpandangan yang sama bukan? Cumanya hal yang paling aku tak prefer akan isu ni is sikap sesetengah orang yang macm si arnab itu.  It easy to say and to denied for some, but from what i saw mereka ni just being egoist. Kalau kita rasa kita susah percaya la akan ada yang lagi susah dari kita. Kerajaan eh, doakan mereka-mereka yang digelar pemimpin itu mencontohi para khalifah kita. Yakni menjadi pemimpin bukan hanya bekerja sebagai pemimpin. Ada satu bab kadang-kadang kita kena lunturkan pegangan politik masing-masing dan lihat dari akar permasalahan itu. Have taqwa friends.

Hidup dalam kasut

Dump digging some old files, terjumpa gambar lama ni. Seingat aku lepas spm rasanya lukis komik tu, komik yang ini kena reject dengan gempak starz sebab plot tak matang.  Mind if i share something related? I've this passion in drawing eve r since i was a kid, komik satu medium yang ringan tapi possible untuk inject message yang berat. And ya i thought why not use this media as medium of da'wah? Alhamdulillah peluang tu banyak juga Allah buka, tapi lebih suka remain anon its kool that way. Sebab ada hal yang menganggu hati seawal 'baru naik' dulu. Satu pengalaman menarik yang aku nak kongsi. pengalaman yang mengajar aku 'hidup dalam kasut orang lain'. Jujur kata proses nak hasilkan sebuah komik (bukan jenis komik strip or one shot illustrasi macam karya-karya syabab contohnya) ni susah. Dan yang paling susah nak imagin atau translate sesuatu message dalam satu gambar. Imaginasi kena kuat dan betul-betul kena amati dan faham sesuatu mesej itu. Bermula dari Mrsm d...

Senyum sampai terbang

Tarik pipi kiri ke atas, Tarik pipi kanan ke atas, Senyumlah, Maka nikmat tuhanmu yang manakah engkau dustakan..

Sains

So here is another sharing to ponder with, We had a break during the class tadi, and madam share some Q to ponder. "Do you believe, Allah swt created things in pair?.." "Yes, its in the Quran also madam.." me answer internally. "So we learned that atom consist of proton and neutron, proton is paired with electron right? So how bout neutron then?.." And everyone remain clueless. If I to agree with neutron is an acceptional i might indirectly neglecting Allah saying then. Kulhuwallahu Ahad! Only Allah is singular. "There's a research done by the western, they use an accelerator to bombard that particle, and suprisingly neutron do consist of two subatomic particles. Yes, its in pair.."  said her. Subhanallah is it. Another Q related to that is "Why? Why they give such efforts to do that? It cost money and time etc.." "We (i) have no idea madam.." "This non-muslims scientis ultimately they want to find the answ...

Isu ikhtilat lagi

So here's some funny story to share with. My supervisor love to give some tazkirah before we start our meeting or discussion. So last Khamis she said this to us, "You know what there's no such a thing as best friend between guy and a girl (ajnabi) in Islam and some share nor comfort each others in the name of friendship, that is not right.. do you agree?.." "well yes madam, we called that ikhtilat....so?" "the thing is saya baru buat rumah kat belakang uia, nak pergi tengok tapi risau pula dengan pekerja asing kat situ, suami kerja jauh nak ajak kamu kita ajnabi..saya ajak sis zu je la petang ni" "...." We're suprisingly clueless by her intro but yah there's points there. Ikhtilat, kinda susah nak jaga but possible bagi yang benar-benar serius. Be nice to all but do put barriers. Kaviti hati banyak bermula dari gula-gula ikhtilat yang tak terkawal. Pedih woo penyakit hati ini, hati-hati jaga hati then. I'm not that go...

Cinta itu ia bermula dengan ta'aruf

"Bila diri tak kenal sang pencipta, Macam mana hati nak suka dan sayang, Susulannya timbul persoalan-keraguan dalam hati, Kenapa hal ini dilarang, Kenapa hal itu dibolehkan, Agama ini susah dan leceh itu tak boleh ini tak boleh tiada kebebasan! Katanya.. Ada orang baginya agama hanyalah satu bentuk falsafah hidup, Ada orang baginya agama itu suatu ritual warisan, Dan ada orang baginya agama itu adalah cara hidup terbaik baik di dunia mahupun selepas mati ..." Kukuhkan ilmu tawhid,  orang kata tak kenal maka tak cinta bukan? nah ilmu tajwid free..hiks

Siapa aku di sisiNya?

Kadang-kadang terlintas di hati, Hina sangat kah aku ini di mata manusia yaAllah? Can i ever be a Qawamah to someone yaRabb? Can i ever be a Murabbi to someone yaRabb? Can i ever be an Amir to someone yaRabb? Do i've the qualities to be one yaRabb? The qualities that You acknowledge, If i don't teach me yaRabb, Teach me your deen, Make me understand your deen, And use me for your deen yaRabb. Mulia di mata manusia itu bonus, Tapi di sisi Mu itu rayuanku yaAllah.

Persepsi hidup

So, i've started my master degree this week. And had my 1st class with Madam Fadzlin, my supervisor since undergraduate. She's nice, always question her students bout their intention of doing things. We had some ta'aruf before starting the lecture. And then she asked (again for me) "Why did you do your master?.." Most of my colleagues answer "well..i wanna learn, plus..", And me too with the same answer, The 'plus' part really differentiate us, the answer by Bro Mazer (or Manzer) really inspired me. He's from Bangladesh. A well know place for muslims to be oppressed. He said that the youth there are struggling their best in education so that they can have the power to replace the current government. Many of them're involved in Dakwah and Tarbiah by the way. So, he purely express his intention to continue study for the sake of his country and the muslims there. MasyaAllah, and compared with us our youth not so serious with the ac...

Usrah

Bulan 8 hari itu genap usia ku 24 tahun. A'ah usia normal bagi setiap pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk tamatkan ijazah sarjana muda mereka. Alhamdulillah, tamat dengan sukses. Usai degree banyak juga masa yang diluangkan, bermuhasabah akan detik-detik hidup. Mencari-cari kudrat diri untuk digunakan pada jalan Agama. Teringat pesan sang murabbi ku dulu di Mrsm, pesan beliau kita hanyalah seorang hamba dan Allah swt memberi kebebasan membuat pilihan akan kehidupan sendiri. Ya, kebebasan memilih jalan akan 'destinasi' yang telah ditetapkan. Pilihlah jalan mana yang engkau sukai, baik jalan menjadi seorang ilmuan, jalan seorang doktor, jurutera mahupun bidang profesion yang lain, tapi jalan yang berkompaskan agama.. Kata-kata itu aku pegang kemas hingga sekarang, Jadi apa kaitannya dengan usrah? Definisi usrah mengikut manhaj bahasa ialah keluarga, acuan ujian yang Allah berikan buat aku sejujurnya datang dari keluarga. Rentetan kronologi itu m...

Prihatin itu busy body?

Bila ada yang prihatin berkata-kata akan isu penindasan di syria, rohingya, selatan thai dan mesir dulu, Mereka mengkritik 'negara kita pun masih ramai orang susah tolong orang sini dulu' Bila tiba giliran penindasan oleh pemimpin sendiri, Mereka mengkritik 'tak bersyukur, diorang tahu la buat kerja diorang, bising-bising baik hang masuk kampung berkempen' Pemikiran yang jumud, Tidak bolehkah lihat sesuatu permasalahan itu atas akarnya? Dan cuba membantu atas sekecil kemampuan diri? At least paling tidak diri sendiri peka akan kesusahan orang lain dan nak didik diri dengan hadis mukmin itu bagai satu angota tubuh itu bukan mudah. Ini boleh dikira langkah kecil. Persoalan contoh: Ada seorang perempuan yang sarat mengandung di depan kita. Rebah menahan sakit kerana nak bersalin. 1-tanpa memikirkan apa-apa terus membantu menelefon ambulan atau bantu apa yang termampu oleh diri. Atau 2- tengok, membebel dan mengkritik: di mana suaminya, kenapa dia boleh berada di ...

Minyak naik 20sen

And my respond to isu kenaikan harga minyak ini satu saja, Tak perlu buat analysis sedalam-dalam sehingga kesan pada ekonomi negara dan sebagainya    untuk memahami isu seperti kenaikan harga minyak ini , realitinya masyarakat hidup dalam tekanan yang makin bertambah. And for me to see this pemimpin gagal dalam membentuk minda masyarakat.  Andai masyarakat tertekan dengan kesempitan wang bagaimana isu-isu dakwah nak melekat di hati? bagaimana faktor rezeki itu 100% datangnya dari Allah itu dapat dididik? Hati terikat akan kerisauan nikmat dunia. Kenaikan br1m hanya menzahirkan kapitalisme. Nah lahir golongan masyarakat yang digelar 'macai', Nah lahir golongan masyarakat yang seronok memprejudis sesama sendiri. Nah lahir golongan masyarakat yang bersyukur atas penindasan dirinya, Nah lahir golongan masyarakat yang berpecah-belah kerana berbeza pendapat, Nah lahir golongan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Dan senarainya berterusan... Kita...

Isu hati

Isu hidup, Hidup ini ada tingkat-tingkatnya, Permulaan, Pertengahan, Dan pengakhiran yakni kematian. Isu hati, Fitrah manusia dahagakan kasih sayang, Kasih sayang yang meluas takrifannya, Kasih sayang seorang hamba dari Sang Pencipta, Kasih sayang seorang anak dari ibu dan ayah, Kasih sayang suami dan isteri.. Suami, Pengemudi bahtera usrah, Gagah berkorban kepentingan kendiri demi rakyat jagaannya, Si qawamah yang memimpin.. Isteri, Penyokong tegar dibelakang seorang lelaki yang hebat, Hadirnya penyeri, Hadirnya mendamaikan, Quratul a'yuni.. Suami isteri, Pelukis kain putih yang mencorakkan masa depan, Cermat dakwat dipilih, Cermat cara melukis, Membentuk khairul ummah.. Usrah, Sebuah negara yang berkasih sayang, Matlamatnya satu, Mencari redha Ilahi.. InsyaAllah  -Sebuah organisasi yang baik, permulaannya juga baik dan pemilihannya juga dari yang baik-baik. Jaga diri jaga hati. Yang selamat berumah tangga mabruuk alaikum, Yang sedang dalam persiapa...