Hari ini hari natal, ramai juga yang aku lihat berkongsi pandangan dan ilmu berkaitan hukum-hukum meraikan penganut kristian dengan ucapan Merry Christmas. Tak, bukan nak berkongsi berkenaan hal itu. As a muslim kita hormat pegangan agama mereka tapi kita tak raikan. Cukup sekadar melontarkan kata-kata selamat yang tidak terkandung apa-apa konten mengiyakan kekufuran mereka, "Have a nice day" that would be cool. Seharian meluangkan masa berbincang dengan teammates pagi tadi. Anak-anak muda yang passionate dengan idea kreatif dan skills dalam apps development. Kami berbincang hala tuju team kami ini, insyaAllah akan ditubuhkan sebuah syarikat kelak. Tapi aku terkedu.. Entahlah, Sujud syukur saja yang aku mampu lakukan. Usai graduasi, satu-satu peluang Allah bagi walau dalam masa yang sama Allah tarik peluang bahagia dalam hidup. Waktu degree seakan hilang ghairah menuntut ilmu diganti dengan master ini. Waktu kecil teringin nak menjadi sorang saintis atau ahli fizik, ...